Parti Solidariti tanah Airku Rakyat SABAH

Parti Solidariti Tanah Airku (Inggeris: Homeland Solidarity Party) atau lebih dikenali sebagai STAR Sabah ialah sebuah parti tempatan ditubuhkan di Sabah Borneo, Malaysia yang diketuai Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. STAR Sabah ialah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan juga salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bahagian Negeri Sabah. Parti ini telah dijadikan Parti Tempatan Solidariti milik Negeri Sabah oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pada 14 Julai 2016 selepas hasil perbincangan dengan Parti Reformasi Negeri (STAR Sarawak).[2][3] Parti ini akhirnya diubahsuai dari Logo, Nama Parti, dan juga berjalan dengan Matlamat mereka tersendiri mengikut kehendak rakyat Sabah dan lebih memfokuskan keutamaan orang-orang asal serta pembelaan sejarah Negeri Sabah. Parti ini kemudiannya menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA) bersama-sama dengan Parti Progresif Sabah pada tahun 2016. Pada 12 September 2020, Parti STAR Sabah telah menyertai gabungan baru iaitu "Gabungan Rakyat Sabah (GRS)" atas persetujuan Parti-Parti yang ada di Sabah. Presiden STAR Sabah iaitu Datuk Jeffrey Kitingan telah bersetuju Parti-nya menandatangani Perjanjian "MoU" Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 untuk mengelakkan campur tangan dan gangguan politik luar dari Negeri Sabah. Diringkaskan ayat, Perjanjian "MoU" ini adalah bertujuan untuk memberikan Autonomi kepada Parti-Parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kebebasan untuk membuat pilihan tersendiri. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah salah satu Gabungan Kerjasama Politik terbesar di Sabah. Datuk Jeffrey Kitingan yang merupakan presiden Parti STAR Sabah menerapkan Autonomi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai keistimewaan yang tidak boleh dikacau dan diganggu oleh mana-mana pihak dari luar Sabah. Parti ini berpegang teguh terhadap prinsip dan amalan di dalam perjanjian Akta Malaysia 1963 untuk ditambahbaik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.[4] Parti ini juga ingin menekankan menjaga keharmonian di Sabah, Malah ingin menuntut Hak-Hak Sabah dan Sarawak yang dijanjikan pada 20-point memorandum untuk melaksankan reformasi pada sistem pemerintahan yang lebih adil untuk rakyat khususnya rakyat di negeri Sabah. Pada 12 September 2020, Parti STAR Sabah telah bersetuju untuk menyertai gabungan baru di Sabah iaitu "Gabungan Rakyat Sabah (GRS)". Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini telah memenangi majoriti kerusi dan berjaya menjadi kerajaan di Sabah selepas PRN Sabah 2020. Parti STAR Sabah yang berada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi 6 buah kerusi Adun dari 8 kerusi yang dia pertandingkan semasa PRN Sabah 2020. Satu kemenangan besar bagi Parti STAR Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN Sabah tersebut.

Parti Solidariti tanah Airku Rakyat SABAH

Nama Chinese 沙巴立新党 Shābā lìxīn dǎng
Dewan Undangan Negeri:
6 / 73
Penggabungan kebangsaan Gabungan Bersatu Sabah (2018-kini)
Perikatan Nasional (2020-kini)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (September 2020-Kini) Official Coalition
Ideologi Regionalisme Sabah / Perjuangan Hak-Hak Orang Asal Sabah / Perjuangan Hak-Hak Ekonomi dan pembangunan Sabah
Penggabungan antarabangsa Sabah
Ketua Penerangan Jeffrey Kumin@John
Warna Light blue, red, orange and pink     Cyan
Nama English Sabahans Homeland Solidarity Party
Presiden Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Penganjur Suzanne Francis
Ditubuhkan 14 Julai 2016
Pengerusi Fred V. Marukau
Didahului oleh Parti Reformasi Negeri[1][2]
Keanggotaan (2015/2020) 340ribu ahli setakat 28 Feb 2021
Dewan Negara:
1 / 70
Timbalan Presiden Datuk Ellron Alfred Angin
Jalumin Bayogoh
Singkatan STAR
Ibu pejabat Kota Kinabalu, Sabah
Pengasas Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Slogan Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

"STAR, STAR, STAR, Bersatulah Rakyat Sabah!!"
Sayap belia [StarSabah|Belia StarSabah]
Dewan Rakyat:
1 / 222
Setiausaha agung Datuk Guan Dee Koh Hoi
Ketua Wiramuda G. Rizal Johari
Ketua Wiranita Evelyn Gobilie
Naib Presiden Datuk Robert Tawik @ Nordin
Edward Linggu
Datuk Annuar Ayub
Ir. Joel Masilung
Suwah Buleh @ Bulleh
Fredderin Tualiang
Saban Sawayan
Fung Len Fui
G. Rizal Johari